Filled Under:

Korang Ingat Lagi Latif Yg Menang RM1 Juta Di Sukan Rio Baru-Baru Ini?? Jangan Terkejut Dengan Apa Yg Dia Buat Dengan Duit Sebanyak Itu! No 3 Tu Memang Tak Masuk Akal...

Korang Ingat Lagi Latif Yg Menang RM1 Juta Di Sukan Rio Baru-Baru Ini?? Jangan Terkejut Dengan Apa Yg Dia Buat Dengan Duit Sebanyak Itu! No 3 Tu Memang Tak Masuk Akal...

Kangar: Kejayaan Abdul Latif Romly bakal mengubah kehidupan keluarganya.

Malah, kepulangannya dinantikan ratusan penduduk kampung dan jika anda melewati jalan utama ke rumah atlet berusia 19 tahun itu, sudah ada kain rentang tertulis ucapan tahniah untuk dua wira Perlis - Latif dan Mohamad Ridzuan Puzi.

Andai satu ketika dulu, keluarganya terpaksa bergelut untuk mendapatkan bantuan membina rumah yang hampir roboh dek dimakan anai-anai tapi kejayaan Latif di temasya Paralimpik Rio bakal mengubah segala-galanya.

Ibu Latif, Salmah Yatim, 58, berkata, Latif pernah memberitahu jika menang emas, dia akan menggunakan wang ganjaran RM1 juta itu untuk membina rumah baru buat keluarganya.

Latif dibesarkan di Kampung Paya Kelubi, Bukit Keteri, Arau dan kehidupan keluarganya pula banyak bergantung kepada hasil jualan barang seperti kerisik, ikan, serai dan barangan kampung dengan jumlah pendapatan yang tidak menentu.

Namun kerana minat terhadap sukan, ibunya Salmah sanggup berulang-alik mengambil dan menghantar Latif ke Sekolah Menengah Syed Alwi di Perlis dengan hanya menggunakan motosikal buruk.

“Kami dulu susah. Pernah minta bantuan Baitulmal untuk memperbaiki rumah tapi ditolak tanpa alasan.

“Biarpun susah kami tetap hantar Latif ke sekolah.

“Selepas dia berjaya dalam sukan kehidupan kami mula berubah.

“Dengan duit dari sukan yang diperoleh itulah dia gunakan untuk membantu keluarga memperbaiki rumah yang sudah dimakan anai-anai.

“Sesungguhnya kami tidak menyangka Latif yang dahulunya seorang yang nakal dapat mengubah kehidupan keluarga,” katanya.

Kata Salmah, Latif memang lemah dalam pelajaran sehinggakan untuk mengeja namanya sendiripun agak sukar tapi dia dianugerahkan Allah kecemerlangan dalam sukan.

Pemenang emas Paralimpik Rio dalam acara lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) itu memang sukakan cabaran tapi seorang yang manja terutama dengan ibunya, Salmah.

Hubungan rapat itu menyukarkan Salmah untuk melepaskannya berlatih di Bukit Jalil kerana bimbang Latif tidak dapat menyesuaikan diri dengan suasana baru.

Tambahan pula dia tidak seperti adik beradik lain. Perhatian khusus perlu diberikan kepadanya terutama jika dia demam selain tidak suka makan nasi.

“Saya tidak memaksanya untuk pergi. Saya bagi dia membuat keputusan untuk menentukan masa depannya. Syukur dia dapat menyesuaikan diri. Selepas dia ke Bukit Jalil saya lihat dia banyak berubah dan kini kami bangga dengan apa yang dicapainya,” kata Salmah.