Filled Under:

Petua Secara Tradisional Merawat Kulit Wajah Yang Berminyak !!!


Satu petua yang boleh dicuba oleh mereka yang ada masalah kulit muka berminyak. Hmm.. kulit wajah yang berminyak kalau tak dibersihkan selalu akan membawa kepada satu masalah yang kita semua tak suka - JERAWAT!@#$

Semua tentu setuju kan.. takde siapa pun yang suka jerawat. Sebab tulah berlambak-lambak ubat jerawat kat pasaran. Yang mana satu paling berkesan bergantung juga dengan setiap individu. Ada yang kata ubat jerawat cap X paling mujarab tapi bila bagi kat kawan lain untuk cuba tak de perubahan pun. In fact, kalau ikut cara tradisional pun ada macam-macam saranan untuk petua merawat jerawat nie...

Anyway, kata orang mencegah lebih baik daripada merawat. So, kat sini che petua nak kongsi satu cara tradisional untuk merawat kulit muka berminyak. Cubalah amalkan, insyaAllah berkesan...

Petua Merawat Kulit Wajah Berminyak
Satu petua yang dikatakan berkesan untuk merawat kulit berminyak ialah dengan menggunakan campuran sedikit madu lebah bersama perahan air limau purut (atau boleh juga guna asam gelugur).
Sapukan bahan campuran tu secara rata ke wajah dan biarkan ia kering dengan sendiri. Bila dah betul-betul kering barulah dicuci dengan air bersih.
Cuba amalkan untuk beberapa kali dan lihat kesannya. InsyaAllah, kulit wajah tak akan berminyak lagi malah korang akan rasa kulit muka tu bertambah lembut dan licin...